Assalamualaikum & Selamat Sejahtera...

Sekapur Sireh

Assalamualaikum... Salam hormat, pembuka bicara... Blog Cakna Bahasa dicipta dengan tujuan berkongsi apa sahaja yang berkaitan dengan Bahasa Melayu. Sebarang komen dan cadangan daripada anda amatlah diharapkan. Terima kasih.

Wednesday 5 December 2012

Posted by jinson on 23:37 No comments
NILAI MURNI DALAM P&P BAHASA MELAYU         

1. BAIK HATI   
    Sikap yang sentiasa mengambil berat terhadap perasaan dan
    kebajikan orang lain secara tulus ikhlas. Sikap baik hati ini
    boleh dilihat dengan menilai tindak-tanduk seseorang terhadap
    orang lain.
  • Belas kasihan
  • Bertimbang rasa
  • Murah hati
  • Saling memahami
  • Sedia memaafkan

2.  HORMAT-MENGHORMATI
Menghargai dan memuliakan seseorang dan institusi social
dengan memberi layanan yang bersopan.
  • Hormat dan taat kepada ibi bapa
  • Hormat kepada orang yang lebih tua, guru, rakan,
  • Jiran tetangga dan pemimpin
  • Hormat kepada raja dan negara
  • Hormat kepada hak asasi
  • Hormat kepada kepercayaan dan adapt resam
  • pelbagai keturunan
  • Hormat kepada keperibadian individu
  • Menghargai maruah diri
  • Patuh kepada ketepatan masa


3.  HEMAH TINGGI
     Budi pekerti dan tingkah laku yang mulia dan lemah lembut
     serta berbudi bahasa yang patut diamalkan oleh seseorang
     individu dalam hubungannya dengan ahli masyarakat yang lain.

            ·      Kesopanan
            ·      Mengakui kesalahan diri
            ·       Ramah mesra

4.  BERDIKARI
Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa
bergantung kepada orang lain.
  • Bertanggungjawab
  • Berupaya bertindak sendiri
  • Jati diri
  • Yakin pada diri sendiri

5.  KASIH SAYANG
     Perasaan cinta, kasih, dan sayang yang mendalam dan
     berkekalan lahir dari hati yang rela terhadap sesuatu.
  • Sayang kepada nyawa
  • Sayang kepada alam sekitar
  • Cinta kepada Negara
  • Cinta kepada keamanan dan keharmonian

6.   KEBEBASAN
      Boleh melakukan sesuatu tanpa batasan asalkan kebebasan itu
      tertakluk kepada peraturan dan undang-undang yang  ditentu-
      kan oleh agama, masyarakat, dan negara.
  • Kebebasan di sisi undang-undang
  • Kebebasan dalam system demokrasi

7.   KEADILAN
      Perlakuan, pertuturan, dan keputusan yang saksama serta
      tidak  berat sebelah.
  • Adil
  • Saksama

8.   KEJUJURAN
      Sikap dan perlakuan yang menunjukkan niat baik, amanah,
      dan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan.
  • Amanah

9.   KEBERANIAN
      Kesanggupan seseorang untuk menghadapi cabaran dengan
      yakin dan tabah hati. Keberanian itu perlu ada pada setiap
      orang tetapi ia harus tahu batas dan keupayaannya kerana
      keberanian yang melulu boleh mengakibatkan bencana.
  • Berani dengan tidak membuta tuli
  • Berani kerana benar
  • Berani mempertahankan pendirian
  • Berani bertanggungjawab

10.  KERJASAMA
       Usaha yang baik dan membina yang dilakukan secara bersama
       pada peringkat individu, komuniti, masyarakat atau Negara
       untuk mencapai kesejahteraan sesuatu matlamat.
  • Persaudaraan
  • Tanggungjawab bersama
  • Gotong-royong
  • Toleransi
  • Kebaikan bersama
  • Perpaduan

11.   KEBERSIHAN FIZIKAL DAN MENTAL        
         Kebersihan fizikal ialah kebersihan diri dan kebersihan
         persekitaran. Kebersihan mental pula ialah kebersihan
         pertuturan, perlakuan, pemikiran, dan kerohanian.
  • Kebersihan diri
  • Kebersihan persekitaran
  • Pertuturan dan kelakuan yang sopan
  • Pemikiran yang sihat

12.   KERAJINAN
         Usaha berterusan yang penuh dengan semangat ketekunan,
         kecekalan, kegigihan, dedikasi, dan daya usaha dalam
         melakukan sesuatu perkara
  • Cekal
  • Daya usaha
  • Dedikasi
  • Gigih
  • Tekun

13.  KESEDERHANAAN
       Sikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan
       tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan
       supaya sesuai dengan norma dan nilai masyarakat.
  • Sederhana dalam menimbangkan kepentingan diri dan kepentingan orang lain
  • Tidak keterlaluan dalam pertuturan dan tingkah laku

14.   RASIONAL
        Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan
        dapat mengambil tindakan yang sewajarnya tanpa dipengaruhi
        oleh perasaan.
  • Boleh membuat pertimbangan
  • Boleh membuat penaakulan
  • Berfikiran logik dan terbuka

15.  KESYUKURAN
       Perasaan dan perlakuan yang dilahirkan secara ikhlas atas
       nikmat dan kesenangan yang diperoleh.
  • Berterima kasih
  • Mengenang budi
  • Penghargaan

16.  SEMANGAT BERMASYARAKAT
        Kesediaan melakukan sesuatu dengan semangat kekitaan
        untuk kepentingan bersama bagi mewujudkan keharmonian
        hidup dalam masyarakat.
  • Bermuafakat
  • Kejiranan









Categories:

0 comments:

Minggu Bahasa Melayu 2012

e-Book Panduan Bijak Komputer

Contoh Kertas Soalan BM UPSR