Assalamualaikum & Selamat Sejahtera...

Sekapur Sireh

Assalamualaikum... Salam hormat, pembuka bicara... Blog Cakna Bahasa dicipta dengan tujuan berkongsi apa sahaja yang berkaitan dengan Bahasa Melayu. Sebarang komen dan cadangan daripada anda amatlah diharapkan. Terima kasih.

Thursday 8 November 2012

Posted by jinson on 01:18 No comments

TEKNIK MENCARI ISI-ISI KARANGAN BAHAGIAN ( B )

1. MEMILIH KARANGAN

n                  Tajuk mestilah benar-benar dikuasai.

n                  Pastikan karangan itu berformat atau tidak
       
n                  Gariskan tiga unsur penting ;
                a) Tema/Tajuk
                b) Format jika ada
                c) Kehendak soalan

2. MERANGKA ISI PENTING

n  Gunakan peta minda

n  Gunakan teknik atau formula     menulis karangan

n  Masa hanya lapan minit sahaja

3. MENULIS KARANGAN

n  Tulisan mestilah kemas dan cantik.

n  Ejaan mestilah tiada kesilapan.

n  Tanda baca digunakan dengan tepat dan betul.

n     Susunan ayat baik dan teratur.

n     Penggunaan imbuhan tepat dan bersesuaian.

n     Masa menulis hanya 30 minit untuk satu karangan.

4. MENYEMAK KARANGAN

n  Tiada isi yang tertinggal.

n  Tiada kesilapan ejaan, tanda baca, susunan ayat dan imbuhan.

n  Memenuhi kehendak soalan.

n  Masa semakan hanya dua minit sahaja. 





1.                   Karangan Jenis Faedah. ( TEKNIK HIMESS)

H                     - Harumkan nama sekolah / negeri / negara.
 I                      - Isi masa lapang
M                    - Menambah ilmu pengetahuan
E                      - Eratkan persahabatan / Silaturahim
S                      - Supaya badan cergas dan otak cerdas
S                      - Supaya JERI berkembang / sempurna


JERI - Jasmani , Emosi , Rohani , Intelek.

Contoh soalan.

1. Nyatakan faedah menyertai kegiatan KoKurikulum.
2. Nyatakan faedah bersukan


2.                   Karangan jenis Faedah ( Teknik MASBBD )
         
                M                            - Mengapa
                A                             - Apakah
                S                              - Siapa
                B                              - Bila
                B                              - Bagaimana
                B                              - Berapa
                D                             - Di mana


Contoh soalan

1. Tuliskan sebuah karangan tentang faedah  membaca akhbar.

2. Tuliskan sebuah karangan tentang faedah dan cara  menjaga kebersihan diri.

3. Tuliskan sebuah karangan tentang faedah menabung.

4. Tuliskan sebuah karangan tentang faedah kitar semula.



  

3.                   Karangan jenis Situasi  ( Teknik Pergi Sungai )


Pergi                               - Pergi ke arah suara jeritan /meminta tolong
Sungai                            - Siasat apa yang berlaku
Terlupa                          - Tenangkan mangsa
Bawa                              - Bawa ke tempat selamat
Tuala                               - Telefon ( bomba, polis, ambulans )
Tetapi                             - Tolong ( pihak di atas )
Bawa                              - Beritahu ( Ibu bapa / penjaga )
Lampin                           - Lawat ( selepas keluar klinik  /  hospital / di rumah


Contoh soalan.

a. Pada suatu hari, kamu dan beberapa orang kawan memancing. Sedang kamu asyik memancing, terdengar   seorang kawan kamu menjerit meminta tolong. Nyatakan tindakan-tindakan yang kamu lakukan.


b. Kamu dan rakan-rakan sedang mengikuti kelas kemahiranhidup. Tiba-tiba seorang rakan kamu tercedera. Ceritakan pengalaman kamu menghadapi peristiwa tersebut.


4.                   Karangan jenis Majlis / peristiwa /di sekolah ( Teknik  7  S )

  1.  Setiap     - Setiap sekolah pasti mengadakan majlis.
  2.  Sabtu      - Pada hari Sabtu yang lepas
  3.  Sebelum                - Sebelum bermula ( persiapan ).
  4.  Semasa   - Semasa ( perjalanan majlis )
  5.  Suasana  - Suasana ( meriah )
  6.  Selepas   - Selepas ( menikmati hidangan )
  7.  Sangat    - Sangat gembira


Contoh soalan karangan

1.            Tuliskan sebuah karangan tentang sambutan Hari Guru di sekolah kamu.
2.            Tuliskan sebuah karangan tentang Temasya sukan sekolah kamu.
3.            Tuliskan sebuah karangan tentang Majlis penyampaian hadiah di sekolah kamu.
4.            Tuliskan sebuah karangan tentang Hari kokurikulum di sekolah kamu.

5.            (Teknik Kami Mahu A Bagi Pelajaran Bahasa )

                Kami                       - Kedatangan tetamu
                Mahu                      - Majlis dimulakan
                 ‘ A ‘                        - Acara
                Bagi                         - Berhenti rehat
                Pelajaran               - Penyampaian hadiah
                Bahasa                    - Berhenti

Contoh soalan :

5.            Sambutan hari Guru
6.            Temasya sukan sekolah
7.            Majlis penyampaian hadiah
8.            Hari kokurikulum

0 comments:

Minggu Bahasa Melayu 2012

e-Book Panduan Bijak Komputer

Contoh Kertas Soalan BM UPSR