Assalamualaikum & Selamat Sejahtera...

Sekapur Sireh

Assalamualaikum... Salam hormat, pembuka bicara... Blog Cakna Bahasa dicipta dengan tujuan berkongsi apa sahaja yang berkaitan dengan Bahasa Melayu. Sebarang komen dan cadangan daripada anda amatlah diharapkan. Terima kasih.

Tuesday 13 November 2012

Posted by jinson on 12:39 No comments

DIALOG 1

  
Baca dan fahami dialog di bawah,  kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. 


 Milah             : Selamat petang, Mei Ling. Lama betul kita tak jumpa. Apa  
                        Khabar?

Mei Ling         : Khabar baik, Milah. Ke mana awak menghilang selama ini?

Milah              : Oh, janganlah berkata begitu! Saya pulang ke kampung datuk  
                        saya di Perak.

Mei Ling         : Patutlah saya tidak nampak awak. Seronokkah awak bercuti di
                        sana?

Milah              : Seronok. Nenek kirim salam pada awak. Saya banyak bercerita  
                        tentang awak kepadanya. Oh, ya Mei Ling! Terlupa pula saya ! Ini  
                        ialah buah tangan saya untuk awak.

Mei Ling         : Wah,  cantiknya beg mengkuang ini! Milah. Tentu mahal  
                        harganya,

Milah              : Tidaklah mahal. Nenek saya yang menganyamnya. Mei Ling,   
                        awak tidak ke mana-mana pada cuti sekolah yang lalu?

Mei Ling         : Saya tidak ke mana-mana kerana emak saya baru bersalin?

Milah              : Wah, seronoknya ! Nanti saya ingin menziarahi ibu dan adik baru
                          awak.

Mei Ling         : Baiklah. Kita jumpa selepas waktu sekolah nanti.



1
Ke manakah Milah pergi semasa cuti sekolah?

A
Rumah Milah

B
Rumah datuk

C
Rumah tumpangan

D
Rumah peranginan



2
Apakah kemahiran nenek Milah?

A
Menangkap ikan

B
Menganyam beg

C
Melukis gambar

D
Memasak



3
Mengapakah Mei Ling tidak ke mana-mana pada cuti sekolah yang lalu?

A
Ibunya baru melahirkan adiknya

B
Bapa tidak mahu bercuti

C
Mei Ling terpaksa menjaga adik



4
Semua pernyataan di bawah adalah benar tentang petikan, kecuali

A
Milah dan Mei Ling bersahabat baik

B
Nenek Milah mahir menganyam beg

C
Mei Ling mendapat adik baru

D
Ibu Mei Ling pandai memasak



5
Maksud perkataan menziarahi dalam petikan ialah

A
mempersilakan

B
melihat

C
melawat

D
mengintai





 DIALOG 2



Baca dialog di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Kamal              :  Selamat sejahtera, Pak cik Wong.

Pak cik Wong :  Selamat sejahtera, Kamal. Kamal dari mana? Pak cik lihat Kamal
                           berpeluh-peluh.

Kamal              :  Saya baru lepas bermain bola sepak dengan kawan-kawan. Saya
                           dengar cerita pak cik baru balik dari melancong di Bangkok betul ke?

Pak cik Wong :  Betullah apa yang Kamal dengar.

Kamal              :  Pak cik, bagaimana caranya hendak pergi ke kota Bangkok?  Saya
                           ingin melancong ke sana.

Pak cik Wong :  Mengapakah kamu pilih untuk melancong ke sana?

Kamal              :  Kata orang, kota itu amat hebat dan indah. Banyak terdapat bangunan   
                           dan khazanah lama yang menakjubkan yang masih dapat kita saksikan.

Pak cik Wong :  Jika hendak ke sana, lebih baik kamu naik kereta api.  Perjalanan kamu
                           sungguh selesa dan kamu juga dapat menjimatkan belanja.  Tambahan
                           pula, kamu akan dapat bertemu dengan banyak pelancong asing yang
                           sama-sama menuju ke sana.

Kamal              :  Pak cik tolonglah ceritakan sedikit tentang perjalanan ke Bangkok itu.

Pak cik Wong :  Kereta api Thai ini akan berlepas dari Stesen Butterworth pada waktu
               tengah hari pada tiap-tiap hari. Perjalanan ke Bangkok itu akan
               mengambil masa selama 17 jam.

Kamal              :  Kocnya ada tempat tidurkah?

Pak cik Wong :  Sudah tentu.  Semua koc disediakan dengan tempat tidur yang selesa
                           dan bersih.  Makanan juga dapat dibeli di dalam kereta api. 

Kamal              :  Wah, seronoknya!  Saya mesti ke sana dalam tahun ini juga, pakcik!

Pak cik Wong :  Sebelum kamu pergi dengarlah dulu pesanan pak cik ini.  Sediakan
                           pasport antarabangsa sebelum kamu ingin masuk ke mana-mana
                           negara asing.  Dalam perjalanan ke Bangkok kamu akan berhenti  di
                           Padang Besar untuk pemeriksaan imigresen dan kastam.

Kamal             :  Oh, begitu!  Baiklah pak cik, hari pun hampir senja.  Saya minta izin       
                           untuk pulang dahulu. Terima kasih atas penerangan pak cik itu tadi.
                           Selamat tinggal, pak cik.

Pak cik Wong :  Baiklah.  Selamat jalan.


1.
Pada pendapat anda, di manakah dialog ini berlaku?

A
Di gerai pasar malam.

B
Di pejabat guru besar

C
Di rumah Pak cik Wong


2.
Perbualan antara Kamal dengan Pak cik Wong adalah tentang

A
cara-cara hendak pergi ke kota Bangkok.

B
cara-cara hendak melancong di kota Bangkok

C
persediaan dan persiapan sebelum pergi ke kota Bangkok.

D
keindahan dan kehebatan khazanah lama di kota Bangkok.


3.
Di manakah kereta api Thai akan menunggu penumpang sebelum meneruskan perjalanan ke Bangkok?

A
Alor setar

B
Butterworth

C
Sungai Petani

D
Bukit Mertajam


4.
Mengapakah penumpang mesti berhenti di Padang Besar sebelum meneruskan perjalanan ke Bangkok?

A
Untuk pemeriksaan imigresen dan kastam

B
Untuk penukaran mata wang oleh imigresen

C
Untuk pemeriksaan kastam dan berehat sebentar





5.
Jika kereta api Thai yang dinaiki oleh Kamal bertolak pukul 12.00 tengah hari pada 10 April 2007, bilakah Kamal akan sampai di kota Bangkok?

A
Jam 4.00 pagi pada 11 April 2007

B
Jam 4.00 pagi pada 10 April 2007

C
Jam 5.00 pagi pada 11 April 2007

D
Jam 5.00 pagi pada 10 April 2007






JAWAPAN PETIKAN DIALOG




DIALOG  1

1
B
2
B
3
A
4
D
5
C



DIALOG 2

1
C
2
C
3
B
4
A
5
C












           




Categories:

0 comments:

Minggu Bahasa Melayu 2012

e-Book Panduan Bijak Komputer

Contoh Kertas Soalan BM UPSR