Assalamualaikum & Selamat Sejahtera...

Sekapur Sireh

Assalamualaikum... Salam hormat, pembuka bicara... Blog Cakna Bahasa dicipta dengan tujuan berkongsi apa sahaja yang berkaitan dengan Bahasa Melayu. Sebarang komen dan cadangan daripada anda amatlah diharapkan. Terima kasih.

Sunday, 11 November 2012

Posted by jinson on 01:51 No comments

CATATAN 1


Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya.

Berikut ialah sebahagian catatan Encik Syukur, Pegawai Perhilitan

Rabu , 24 Januari 2007

Pagi - Menerima panggilan daripada seorang nelayan. Dia melaporkan telah melihat seekor buaya di Selat Tebrau. Kami bergegas ke tempat itu. Kami meminta kerjasama pasukan Kastam Tanjung Puteri untuk meronda perairan Selat Tebrau. Kami berjaya mengesan seekor buaya tembaga yang besar.

Petang - Kembali ke Ibu pejabat . Kami bertungkus-lumus menyiapkan sebuah perangkap . Perangkap berukuran 3 meter x 4 meter itu dapat disiapkan.

Khamis , 25 Januari 2007

Pagi -           Ke Selat Tebrau semula. Dengan menggunakan teropong kami memerhati pergerakan reptilia itu . Ini bagi menentukan kawasan pergerakan reptilia itu dan meletakkan perangkap itu . Sekali lagi saya ternampak buaya berenang-renang.

Petang - Perangkap dimuatkan ke dalam lori dan diangkut ke pantai Selat Tebrau.
Perangkap dibawa ke tengah selat dengan menggunakan bot polis.

- Perangkap diikat dengan beberapa buah pelampung. Umpan ayam diletakkan     di dalamnya. Kami memerhatikan perangkap itu dari semasa ke semasa dari dalam bot yang berlabuh kira-kira 200 meter dari perangkap itu.

- Kira-kira pukul 5 petang , kelihatan pelampung itu tenggelam-timbul menandakan buaya itu telah memasuki perangkap.

Malam -Perangkap diangkut ke Pejabat Kastam Tanjung Puteri . Orang ramai  berpusu-pusu untuk melihatnya. Buaya tembaga sepanjang 4 meter itu dibawa ke Pejabat Perhilitan sebelum dihantar ke Zoo Johor.

   1
Siapakah yang mengesan kemunculan buaya di Selat Tebrau itu ?

A
Pegawai Kastam di Tanjung Puteri

B
Penduduk Tanjung Puteri

C
Pegawai Perhilitan

D
Nelayan


   2
Perangkap dibawa ke selat dengan menggunakan …

A
lori

B
bot polis

C
bot nelayan

D
bot kastam


   3
Apakah yang dibuat oleh pegawai itu pada petang Rabu , 24 Januari 2007 ?

A
Membuat sebuah perangkap

B
Meronda perairan Selat Tebrau

C
Berjumpa dengan pegawai kastam Tanjung Puteri

D
Mencari nelayan yang membuat laporan tentang buaya itu


   4
Mengapakah pemerhatian perlu dilakukan di kawasan perairan itu pada pagi Khamis itu ?

A
Menentukan tempat yang sesuai untuk menahan perangkap

B
Menentukan kebenaran laporan tentang buaya itu

C
Mengetahui tempoh pasang surut air di selat itu

D
Menentukan cara reptilia itu bergerak


5      Apakah tujuan pelampung-pelampung itu ditambat pada perangkap itu ?

A
Supaya perangkap itu tidak tenggelam

B
Untuk menarik perhatian reptilia itu

C
Untuk menentukan buaya itu telah terperangkap

D
Untuk memudahkan umpan dimasukkan ke dalam perangkap



CATATAN 2
  

Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya.

Pada cuti penggal yang lalu, saya telah dibawa oleh pak cik saya mengunjungi sahabatnya di sebuah perkampungan orang asli. Yang berikut ialah catatan ringkas tentang kunjungan saya itu.

Sabtu,  2 November 2006
Pukul 8.30 pagi bertolak dari Petaling Jaya menuju ke bandar Seremban. Bersarapan pagi di perhentian rehat Nilai. Pukul 10.30 pagi bertolak ke Kampung Bukit Berapit.

Pukul 1.30 petang sampai di Bukit Berapit. Oleh sebab kampung orang asli itu
terlalu jauh dan terpencil, tidak ada kenderaan untuk ke sana. Kami terpaksa berjalan kaki. Waktu itu jam telah menunjukkan pukul 6.30 petang. Kami bermalam di sebuah rumah orang Melayu di situ.

Ahad,  3 November 2006
Pukul 8.30 pagi, kami memulakan perjalanan. Saya berasa sungguh seronok melalui sebatang lorong yang dikelilingi belukar. Nasib kami malang apabila hujan turun dengan lebatnya. Kami terpaksa berteduh di sebuah pondok usang. Hujan masih turun hingga ke petang. Kami bermalam di pondok usang itu. Nasib baik kami ada membawa sedikit bekalan.

Isnin,  4 November 2006

Saya diserang demam selesema. Pak cik tidak dapat membuat keputusan sama ada hendak meneruskan perjalanan atau pulang sahaja. Pak cik memberi saya pil demam yang dibawanya. Beberapa jam kemudian, saya berasa segar semula. Pukul 6.00 petang selamat sampai di Kampung Lanjut Manis.

Selasa,  5 November 2006
Berada di rumah Encik Ulung, sahabat karib pak cik. Berasa seronok tinggal
di kampung yang aman, tenang dan damai itu. Demam saya mulai reda.

Khamis,  7 November 2006
Kembali ke Petaling Jaya.

1
Di manakah mereka bermalam pada  2 November 2006 ?

A
di Kampung Bukit Berapit

B
di Kampung Lanjut Manis

C
di rumah orang Melayu

D
di Nilai


2
Berapa lamakah mereka berada di rumah Encik Ulung?

A
dua hari

B
empat hari

C
lima hari

D
seminggu


3
Apakah keputusan yang dibuat oleh pak cik pada  4 November 2006 ?

A
berpatah balik

B
meneruskan perjalanan

C
menunggu di tengah hutan rimba itu

D
tidak dapat membuat sebarang keputusan


4
Mereka tidak kelaparan semasa bermalam di tengah rimba itu kerana...

A
mereka diberi makan oleh penduduk kampung

B
mereka ada membawa bekalan makanan

C
mereka makan pucuk kayu

D
mereka minum air hujan


5
Apakah yang dimaksudkan dengan reda di dalam petikan di atas?

A
semakin bertambah

B
masih di tahap yang sama

C
berhenti

D
kebah



CATATAN 3

Berikut sebahagian daripada catatan harian Zila yang menyertai ekspedisi ke Pulau Tinggi.

14 Februari 2007

            Kami bertujuh meninggalkan bandar raya Ipoh pada pukul 11:30 malam. Kami menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan untuk ke Kluang, Johor. Perjalanan di lebuh raya lancar tetapi perjalanan dari Kluang-Mersing sebaliknya. Jalan rayanya kurang baik dan dua hala. Aku, yang duduk di sebelah Rahman berasa gerun lebih-lebih lagi ketika van berselisih dengan lori balak. Entah berapa kali van itu terpaksa menggunakan bahu jalan apabila berselisih dengan kenderaan berat. Sering kali aku mengingatkan Simon agar memandu van itu dengan berhati-hati. Nasib baik tahap kesihatan kami cemerlang.

15 Februari 2007

            Tiba di Mersing pada pukul 7:30 pagi. Sementara menanti ketibaan bot, kami berehat, malahan ada kawan yang tertidur. Letih sangat agaknya dalam perjalanan itu. Yang lain berkemas, menyiapkan peralatan yang akan dibawa ke Pulau Tinggi.
            Bot besar tidak dapat masuk  ke kuala sungai kerana air di jeti cetek. Oleh itu, kami terpaksa menaiki sebuah bot kecil untuk keluar dari muara sungai dan seterusnya menaiki bot besar yang berlabuh di tengah laut. Ketika berpindah dari bot kecil ke bot besar, tekong mengarahkan kami supaya berhati-hati. Ombak besar menyebabkan bot kecil terumbang-ambing. Tersilap langkah kami boleh terjatuh ke dalam laut. Mujurlah perkara buruk itu tidak berlaku.
            Perjalanan dengan bot dari Mersing ke Pulau Tinggi mengambil masa dua jam setengah. Semakin hampir dengan Pulau Tinggi, kami dapat melihat sebuah bukit di tengah-tengah pulau tersebut. Bukit itu paling tinggi mungkin pulau itu mendapat nama daripadanya.
            Sebaik sahaja kami mendarat, pemandu arah telah pun menunggu di jeti. Kami dibawa ke kawasan perkhemahan, iaitu di air terjun yang terletak di tengah-tengah hutan. Kami terpaksa meredah hutan dan mendaki bukit untuk sampai ke situ. Perjalanan yang sukar itu memang meletihkan tetapi kami selamat tiba setelah berjalan hampir satu jam.
            Abdullah, ketua kumpulan, mengarahkan kami memasang khemah. Kawasan air terjun itu berbatu. Oleh itu, kami terpaksa mendirikan khemah di atas pasir berhampiran dengan gigi air. Kami berdoa agar tidak hujan pada malam itu kerana jika hujan, khemah kami akan hanyut dan nyawa kami terancam.



11
Keadaan jalan raya Kluang-Mersing KECUALI

A
dua hala

B
berliku-liku

C
tidak begitu baik

D
ada tempat yang sempit


12
Mengapakah Zila sering mengingatkan Simon supaya memandu dengan cermat ?

A
kerana khuatir terbabit dalam kemalangan

B
kerana kami memandu pada waktu malam

C
kerana aku duduk di depan

D
kerana aku berasa takut


13
Bagaimanakah Pulau Tinggi mendapat namanya ?

A
berdasarkan bukit yang terdapat di pulau-pulau lain

B
berdasarkan bukit tertinggi yang terletak di pulau itu.

C
kedudukan pulau itu yang paling tinggi.

D
berdasarkan keadaan pulau


14
Apakah bahaya yang menunggu mereka di kawasan perkhemahan itu ?

A
Air sungai naik dan mereka hanyut

B
Khemah dan alat-alat mereka hanyut

C
Tebing sungai runtuh

D
Hujan lebat


15
Mereka menghadapi masalah berikut sepanjang ekspedisi itu KECUALI

A
Khuatir berlaku hujan lebat

B
Perjalanan yang meletihkan

C
Ombak kuat ketika hendak ke bot besar

D
Ada ahli ekspedisi yang menghidap asma


CATATAN 4 

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.


Sabtu, 8 Disember 2006

 Kami sekeluarga sibuk menyediakan barang-barang yang hendak dibawa.  Barang-barang itu dimasukkan ke dalam beberapa buah beg.  Kami memastikan tidak ada barang yang tertinggal.  Kami akan bercuti di Cameron Highlands esok.


Ahad, 9 Disember 2006

   Kami bangun awal kerana akan berjalan jauh.  Keluargaku sibuk bersiap sedia.  Kami bertolak pada pukul lapan pagi menuju ke destinasi.
  Di sepanjang jalan, aku dapat melihat pemandangan yang indah dan menghijau.  Suasana nyaman dan damai.  Kami sampai pada tengah hari.  Kami menikmati makanan yang lazat di sebuah restoran.  Selepas itu, kami daftar masuk ke sebuah hotel yang terkenal.


Isnin,10 Disember 2006
 
Selepas bersarapan, kami keluar bersia-siar.  Udara di situ amat dingin.  Aku terpaksa mengenakan baju sejuk tetapi bapaku hanya berbaju biasa.
 Kami melawat ladang teh, Strawberry Park dan kawasan penanaman sayur.  Cuaca yang sejuk tidak memenatkan kami.
  Kami pulang ke hotel semula pada lewat petang.  Kami bertolak pulang kerana malam esok bapaku akan bertugas.  Maklumlah beliau bekerja syif malam di sebuah kawasan perindustrian di utara.

  

1
Mengapakah penulis dan keluarganya sibuk berkemas ?

A
Mereka akan berpindah  rumah

B
Mereka akan pulang ke kampung

C
Mereka akan pergi makan angin

D
Mereka akan berkelah di tepi pantai


2
Siapakah yang bangun awal pada hari mereka bertolak ke Cameron Highlands ?

A
Penulis  

B
Keluarga penulis    

C
Bapa penulis    

D
Ibu penulis


3
Apakah yang dapat dilihat oleh penulis dan keluarganya di sepanjang perjalanan ?

A
Bukit-bukau

B
Hutan yang hijau

C
Jalan yang berliku-liku

D
Pemandangan yang indah dan menghijau


4
Perkataan mengenakan dalam petikan bermaksud

A
memakaikan  

B
melekatkan  

C
menyarungkan  

D
memasangkan


5
Pada pendapat kamu, apakah pekerjaan bapa penulis ?

A
Guru               

B
Polis             

C
Pelayan             

D
Pekerja kilang






 JAWAPAN PETIKAN CATATAN

 CATATAN 1

1
C
2
C
3
B
4
A
5
A



 CATATAN 2

1
C
2
A
3
B
4
B
5
D



 CATATAN 3

1
B
2
A
3
B
4
A
5
D


 CATATAN 4

1
C
2
B
3
D
4
A
5
D









Categories:

0 comments:

Minggu Bahasa Melayu 2012

e-Book Panduan Bijak Komputer

Contoh Kertas Soalan BM UPSR