Soalan 1 hingga Soalan 5
Baca
petikan surat di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
13, Park Avenue,
Oxford Street,
London.
2 Februari 2007
Kehadapan Nenda Siti Aminah yang berada di Gombak, semoga sentiasa afiat dan sejahtera hendaknya.
Nenda yang Aiman sayangi,
Cucunda di sini sihat
tetapi sibuk dengan kuliah dan program kajian kursus di University of London
ini. Tujuan cucunda menghantar surat ini adalah untuk bertanyakan khabar nenda
di tanah air.
Bagaimanakah keadaan
nenda sekarang? Cucunda mendapat berita daripada e-mel yang dihantar oleh
adinda Shahmi bahawa nenda baru keluar dari hospital. Cucunda berharap dan
berdoa agar nenda sentiasa sihat seperti sediakala. Nenda perlulah banyak berehat dan jangan lupa
makan ubat.
Bersama-sama surat ini
disertakan lima keping gambar foto cucunda di beberapa tempat peranginan di
England. Semoga bingkisan ini dapat mengubati kerinduan nenda terhadap cucunda.
Akhir kata, sampaikanlah
salam cucunda kepada ayahanda, bonda, adinda Shahmi dan kakanda Suraya.
Sekian, semoga berjumpa
di lain lambaran. Sambutlah salam kerinduan daripada cucunda di perantauan.
Cucundamu,
Aiman
1
|
Apakah tujuan Aiman mengutuskan surat
kepada neneknya?
|
|
A
|
Memberitahu adiknya Shahmi telah menghantar e-mel.
|
|
B
|
Memberitahu bahawa dia amat sibuk dengan kuliah.
|
|
C
|
Memberitahu yang dia ingin pulang ke tanah air.
|
|
D
|
Bertanya khabar neneknya di tanah air.
|
2
|
Apakah harapan Aiman kepada neneknya?
|
|
A
|
Berharap agar neneknya dapat mengunjunginya di London.
|
|
B
|
Berharap agar neneknya sentiasa sihat dan jangan lupa
makan ubat.
|
|
C
|
Berharap neneknya tidak bekerja kuat.
|
|
D
|
Berharap neneknya banyak berehat dan selalu pergi ke
hospital.
|
3
|
Apakah maksud perkataan afiat
yang terdapat dalam petikan?
|
|
A
|
Sihat
|
|
B
|
Gembira
|
|
C
|
Suka
|
4
|
Siapakah yang memberitahu Aiman yang neneknya baru
sahaja keluar dari hospital?
|
|
A
|
Ayahandanya
|
|
B
|
Bondanya
|
|
C
|
Kakandanya
|
|
D
|
Adindanya
|
5
|
Di negara manakah Aiman belajar?
|
|
A
|
England
|
|
B
|
London
|
|
C
|
Australia
|
|
D
|
New Zealand
|
SURAT KIRIMAN 2
15 Jalan Bunga Mawar,
Taman Parit Jaya,
32800
Parit,
Perak
Darul Ridzuan.
14 MAY 2006.
Ke hadapan sahabatku Hazirah yang berada di AU5 Taman Lembah Keramat, Kuala
Lumpur. Apa khabar saudari sekarang? Saya dan seisi keluarga di sini,
sihat-sihat sahaja. Harapan saya, semoga saudari juga dalam situasi yang
menggembirakan.
Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk mengucapkan terima kasih kepada
saudari kerana hadiah yang saudari kirimkan tempoh hari. Saya berasa amat
gembira menerima hadiah tersebut.
Saudari masih ingat akan tarikh lahir saya walaupun sudah hampir setahun
kita berpisah. Saya juga berdoa semoga
persahabatan kita akan kekal untuk selama-lamanya. Bak kata pepatah, “biar jauh
di mata tetapi dekat di hati”.
Novel yang saudari hadiahkan itu sangat menarik ceritanya. Jalan
ceritanya pula ada diselitkan unsur saspens, humor, seram, dan sedih. Saya
sungguh terhibur tatkala meniti baris-baris ayat dalam novel itu. Apabila saya
berada di babak-babak lucu, saya ketawa sendirian.
Cogan kata “Kenang Daku Dalam Doamu” yang tercatat pada buku novel
tersebut sungguh dalam pengertiannya. Saya akan jadikan cogan kata itu sebagai
mutiara kata yang akan menjalin persahabatan kita hingga ke akhir hayat. Semoga
persahabatan ini akan berkekalan.
Setakat ini dahulu yang dapat saya coretkan buat tatapan saudari. Akhir
kata, sambutlah salam mesra untuk saudari sekeluarga di sana.
Sekian, terima kasih.
Saya yang ikhlas,
Nur Fadhilah
Soalan Petikan
1
|
Siapakah Hazirah di dlam surat itu?
|
|
A
|
sahabat
|
|
B
|
Kawan
baru
|
|
C
|
Sepupu
|
|
D
|
Saudara
|
2
|
Dimanakah Hazirah tinggal dahulu?
|
|
A
|
AU5 Taman
Lembah keramat
|
|
B
|
||
C
|
||
D
|
3
|
Mengapakah Nur Fadhilah Mengirim surat
kepada Hazira?
|
|
A
|
Mengucap
selamat hari jadi
|
|
B
|
Mengucapkan
terima kasih
|
|
C
|
Mengucap
selamat tinggal
|
|
D
|
Mengucap
selamat datang
|
4
|
Pilih penyataan yang sama maksud
dengan humor
|
|
A
|
suka
|
|
B
|
Gembira
|
|
C
|
Ketawa
|
|
D
|
Jenaka
|
5
|
Antara berikut yang manakah sama
maksud dengan “ kenang daku dalam doamu”
|
|
A
|
Selalu
berdoa
|
|
B
|
Selalu
teringat kepada seseorang sambil berdoa
|
|
C
|
Sentiasa
mendoakan kebaikan seseorang yang di ingati
|
|
D
|
Mendoakan
kebaikan seseorang
|
SURAT KIRIMAN 3
Soalan 11 hingga Soalan 15
Baca
petikan surat di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Ezzat bin Abdul Halim,
No.113, Jalan SMS/3,
Taman Sentosa,
36000 Teluk Intan,
Perak
Darul Ridzuan.
20 Februari 2007
Menemui ayahanda dan bonda yang kini berada di Kampung
Teluk semoga sihat sejahtera. Anakanda kini berada dalam keadaan sihat.
Anakanda berharap di pihak ayahanda dan bonda lebih-lebih lagi hendaknya.
Ayahanda,
Buat masa ini, anakanda menumpang di rumah
Ketua Blok kerana rumah guru telah penuh dan tiada kosong lagi. Tuan rumah
tempat anakanda menumpang ini baik dan bermurah hati membantu anakanda. Dia
menerima kehadiran anakanda dengan tangan terbuka.
Pada mulanya anakanda tidak berminat untuk
bertugas di kawasan pedalaman. Namun demikian setelah hampir dua minggu di
sini, anakanda berasa seronok pula. Murid-muridnya bersemangat untuk belajar
dan untuk menimba ilmu. Ini membuatkan hati anakanda gembira dan berazam untuk
menabur bakti di kawasan ini. Penduduknya ramah-tamah dan dengan ini dapat
menambat hati anakanda meneruskan perjuangan sebagai seorang guru.
Untuk pengetahuan ayahanda dan bonda,
beberapa rumah guru akan dibina tidak lama lagi. Sementara menanti rumah
tersebut siap anakanda bercadang hendak tinggal di rumah sewa. Anakanda tidak
mahu membebankan kehidupan Ketua Blok yang baik budi itu. Tetapi yang paling
utama supaya senang sikit jika ayahanda dan bonda hendak melawat anakanda di
sini untuk semalam dua. Anakanda akan
memberitahu ayahanda jika anakanda telah berpindah ke rumah sewa.
Sampai di sini dahulu
buat kali ini. Sambutlah salam anakanda untuk seisi keluarga. Sekian, terima
kasih.
Anakanda,
Ezzat
01.
|
Siapakah yang menulis surat di atas? |
|
A
|
ayahanda
|
|
B
|
bonda
|
|
C
|
Ezzat
|
|
D
|
Ketua Blok
|
02.
|
Simpulan bahasa ’tangan terbuka’ bermaksud |
|
A
|
menerima Ezzat dengan
rela hati
|
|
B
|
Ketua Blok
menerima Ezzat dengan rasa terbuka
|
|
C
|
penulis
bersikap terbuka dengan orang-orang kampung
|
|
D
|
penulis dengan
senang hati menerima tawaran ketua blok
|
03.
|
Perkara berikut telah mempengaruhi minat penulis untuk terus mengajar di situ
kecuali
|
|
A
|
semangat murid-murid
|
|
B
|
sikap penduduk
yang mesra
|
|
C
|
Ketua Blok yang
murah senyum
|
|
D
|
kerjasama dan
kegigihan murid-muridnya
|
04.
|
Berikut ialah harapan penulis terhadap anak didiknya kecuali |
|
A
|
mereka harus menjadi
orang yang lebih baik daripada bapa mereka
|
|
B
|
mereka tidak
harus ditinggalkan dalam arus kemajuan
|
|
C
|
mereka harus
disuntik dengan semangat ingin maju
|
|
D
|
mereka perlu
dipujuk supaya gigih menuntut ilmu
|
05.
|
Alasan utama Ezzat hendak berpindah ke rumah sewa ialah |
|
A
|
dia tidak mahu
menyusahkan hidup Ketua Blok
|
|
B
|
menyenangkan
keluarga datang ke sana
|
|
C
|
supaya ayah dan
ibunya berasa selesa
|
|
D
|
kerana sewa
rumah di tempat itu murah
|
Soalan 01 hingga Soalan 05
Baca
petikan surat di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu,
Sek. Keb. Kampung Kepayang,
32600 Bota,
Perak Darul Ridzuan.
___________________________________________________________________
Tarikh : 20 Februari 2007
Guru Besar,
Sek. Keb. Kampung Kepayang,
32600 Bota,
Perak Darul Ridzuan.
Tuan,
MEMOHON KEBENARAN
MENGADAKAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR
KE DEWAN BAHASA DAN
PUSTAKA KUALA LUMPUR
Sukacita
dimaklumkan bahawa Persatuan Bahasa Melayu sekolah ini bercadang untuk
mengadakan lawatan ke Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Sehubungan dengan itu, saya selaku setiausaha
persatuan ini memohon kebenaran untuk mengadakan lawatan tersebut.
2.
Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mendedahkan ahli-ahli persatuan
tentang proses penerbitan buku seperti peringkat penulisan, percetakan,
suntingan hinggalah peringkat penjualan.
Pengalaman tersebut diharap dapat meningkatkan pengetahuan ahli-ahli dan
seterusnya membantu ahli-ahli persatuan menerbitkan majalah sekolah.
- Butiran lawatan adalah seperti berikut
:
3.1 Tarikh : 20 April 2007
3.2 Hari :
Sabtu
3.3 Masa bertolak : 7.30 pagi
3.4 Masa kembali : 1.30 tengah hari
4. Lawatan ini akan disertai oleh 40 orang ahli
persatuan dan empat orang guru pengiring iaitu Encik Imran b. Ahmad, Encik Amir
b. Hamid, Puan Rosita bt Abu dan Puan Zubidah b. Faizul.
5.
Harapan saya agar pihak tuan tidak keberatan untuk
memberikan kebenaran kepada persatuan untuk mengadakan lawatan tersebut. Kerjasama yang tuan berikan diucapkan ribuan
terima kasih.
Sekian, terima
kasih.
Yang menjalankan tugas,
Fatin Syafiqah
(FATIN SYAFIQAH BT SALEHUDDIN)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu,
Sek. Keb. Kampung Kepayang.
01.
|
Bilakah surat di atas ditulis? |
|
A
|
22 Februari 2007
|
|
B
|
20 Februari
2007
|
|
C
|
25 Februari
2007
|
|
D
|
21 Februari
2007
|
02.
|
Program lawatan ini mengambil masa selama |
|
A
|
5 jam
|
|
B
|
5 jam 30 minit
|
|
C
|
6 jam
|
|
D
|
6 jam 30 minit
|
03
|
Pernyataan yang berikut adalah benar tentang program lawatan di atas, kecuali |
|
A
|
peserta lawatan
terdiri daripada ahli Persatuan Bahasa Melayu
|
|
B
|
surat ini
ditulis dua bulan sebelum tarikh lawatan
|
|
C
|
lawatan ini
disertai oleh guru pengiring
|
|
D
|
sebanyak
40 orang menyertai lawatan ini
|
04
|
Peranan guru pengiring dalam sesuatu lawatan adalah untuk |
|
A
|
mengenali peserta
dengan lebih rapat
|
|
B
|
mengawasi
peserta semasa lawatan
|
|
C
|
mengetahui
masalah peserta
|
|
D
|
memberikan
nasihat kepada peserta
|
05
|
Pada pendapat kamu, apakah kesan sekiranya pihak persatuan tidak membuat permohonan sebelum mengadakan lawatan? |
|
A
|
Lawatan itu tidak
dapat diadakan
|
|
B
|
Lawatan itu
terpaksa ditangguh
|
|
C
|
Lawatan itu
tidak akan sempurna
|
|
D
|
Lawatan itu
ditukar ke destinasi lain
|
SURAT KIRIMAN 01
01
|
02
|
03
|
04
|
05
|
D
|
B
|
A
|
D
|
A
|
SURAT KIRIMAN 02
01
|
02
|
03
|
04
|
05
|
A
|
B
|
B
|
D
|
C
|
01
|
02
|
03
|
04
|
05
|
C
|
A
|
C
|
D
|
B
|
01
|
02
|
03
|
04
|
05
|
B
|
C
|
D
|
B
|
A
|
Categories: Pemahaman
0 comments:
Post a Comment