Baca berita di
bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
TAPAH, Jumaat – Suatu program motivasi bertajuk “
Jati Diri Remaja ” telah dianjurkan oleh Kelab Rakan Muda Daerah Batang Padang.
Program yang disertai oleh 120 orang peserta
itu telah diadakan di Lata Kinjang. Separuh daripada peserta adalah ahli Kelab
Remaja Daerah Batang Padang, manakala separuh lagi adalah pelajar daripada
beberapa buah sekolah di daerah ini.
Program
tersebut diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada peserta tentang
peranan remaja terhadap pembangunan negara. Selain itu, program ini dapat juga
mengisi masa cuti para pelajar dengan kegiatan yang berfaedah serta dapat
memupuk semangat kerjasama antara mereka.
Selama
empat hari program ini berjalan, pelbagai aktiviti yang menarik dijalankan. Antaranya
termasuklah sesi latihan dalam kumpulan, ceramah, sukan, dan kegiatan kembara.
Menerusi kegiatan seumpama ini para peserta dapat membina keyakinan diri, berfikir
secara kritis dan kreatif, serta menyelesaikan masalah dengan bijak.
Program
ini selaras dengan usaha kerajaan untuk melahirkan generasi pemimpin yang
berwibawa dan berwawasan. Selain itu, program seumpama ini diharap dapat
membantu mengurangkan gejala
penyakit sosial yang semakin serius dalam kalangan remaja.
Secara
keseluruhannya, program ini memberikan faedah yang besar kepada para peserta.
Bertepatan dengan slogan “ Remaja Hari ini Pemimpin Hari Esok ” para peserta
dapat didedahkan kepada asas-asas kepimpinan dengan berkesan.
1. Perkataan
gejala dalam petikan bermaksud…
A. sikap
B. amalan
C. kelakuan
D. tanda-tanda
2. Pilih
penyataan yang tidak benar.
A. Seramai 120 peserta terlibat.
B. Program tersebut dijalankan selama seminggu.
C. Para
peserta terdiri daripada pelajar beberapa buah sekolah.
D. Program motivasi itu diadakan berhampiran
kawasan air terjun.
3.
Peserta program didedahkan dengan kemahiran tentang …
A. semangat
kerjasama
B. latihan dalam
kumpulan dan ceramah
C. sukan, kegiatan
kembara dan menyelesaikan masalah
D. membina
keyakinan diri, berfikir secara kritis dan kreatif dan menyelesaikan masalah
4. Mengapakah Lata Kinjang dipilih sebagai
tempat untuk menjalankan program ini?
A. Kawasan
berhampiran dengan sumber hutan.
B. Mempunyai
kemudahan asas yang memberi keselesaan.
C. Suasananya damai
dengan udara yang nyaman.
D. Sesuai untuk
perkelahan dan membawa keluarga untuk mandi-manda.
5. Apakah kesan yang mungkin dirasai oleh
para peserta setelah mengikuti program tersebut ?
A.
yakin terhadap kebolehan diri sendiri
B.
yakin akan menjadi seorang pemimpin
C.
sukar menyelesaikan masalah yang dihadapi
D.
tidak suka mengambil tahu masalah orang lain
BERITA 2
Baca
petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
|
TELUK
INTAN, 7 Januari 2007 - Lebih kurang 480 anggota keluarga
Yeob Majeleh telah mengadakan pertemuan keluarga sempena sambutan Aidiladha
di Dewan Peladang, Kampung Air Hitam dekat sini, semalam.
Pertemuan keluarga ini bertujuan
untuk menjalin dan mengeratkan silaturahim. Kenal-mengenali antara satu sama
lain serta menguatkan ikatan keluarga terutamanya kepada generasi muda yang
mungkin tidak pernah bersua muka sebelum ini. Penasihat majlis perjumpaan dan
pertemuan keluarga tersebut, Dato’ Hambal bin Yeob Majeleh berkata, pertemuan
keluarga Yeob Majeleh yang julung kalinya diadakan ini dapat merapatkan
hubungan yang lebih erat antara generasi muda dan generasi tua keluarga tersebut.
Dato’ Hambal yang merupakan bekas
Ahli Majlis Mesyuarat Kanan Negeri Perak berkata, Allahyarham Yeob Majeleh
bin Pandak Mohid mempunyai lapan belas orang anak. Beliau pula mempunyai tiga
orang isteri. Hubungan keluarga adik-beradik ini tidak begitu rapat kerana
masing-masing membawa haluan hidupnya sendiri. Perjumpaan dan pertemuan ini
direncana bagi mengukuhkan dan memantapkan ikatan kekeluargaan seluruh
anggota keluarga Yeob Majeleh.
“Apabila pertemuan ini diatur saya
bersyukur dapat bertemu dan mengenali adik-beradik saya termasuk cucu dan
cicit yang selama ini tidak mengenali mereka dengan lebih rapat,” ujarnya
ketika ditemui selepas majlis itu. Menurutnya, pertemuan keluarga Yeob
Majeleh sebagai titik tolak jalinan ikatan persaudaraan bertambah kukuh buat
selama-lamanya.
Jelasnya, pertemuan itu telah
dihadiri oleh anak dan menantu Yeob Majeleh. Setakat ini keluarga tersebut
mempunyai 31 orang menantu, 298 orang cucu dan 153 orang cicit. Menurut
beliau pertemuan itu lebih menarik kerana kesemua anggota keluarga Yeob
Majeleh telah bersetuju untuk menubuhkan Persatuan Ikatan Keluarga Yeob
Majeleh. Perjumpaan ini nanti akan menjadi perjumpaan bersiri.
Menurutnya lagi, satu laman web
tentang salasilah keluarga tersebut akan dibangunkan dan buletin keluarga
akan diterbitkan. Anak cucu Yeob Majeleh juga mempunyai kepakaran serta
kebolehan untuk membina dan membangunkan laman web itu nanti. Dengan wujudnya
laman web itu, mudahlah anggota keluarga Yeob Majeleh berhubung melalui
internet pada ruang berborak.
Menceritakan asal-usul keluarga
tersebut Dato’ Hambal berkata, ayahnya berasal dari Kampung Teluk Pedayung,
Mukim Lambor Kanan, Parit. Yeob Majeleh pernah menjadi guru agama di
kebanyakan surau dan masjid di Daerah Perak Tengah. “Sehingga saat ini, kami
masih mempunyai empat belas orang adik-beradik. Empat orang daripadanya telah
meninggal dunia. Seorang daripada tiga isterinya masih hidup,” ujar Dato’
Hambal yang juga anak kelima daripada isteri pertama Yeob Majeleh.
|
1
|
Bilakah perjumpaan keluarga Yeob
Majeleh itu diadakan?
|
|
A
|
6 Januari 2007
|
|
B
|
7 Januari 2007
|
|
C
|
8 Januari 2007
|
|
D
|
9 Januari 2007
|
2
|
Apakah hasrat dan tujuan utama perjumpaan dan
pertemuan ahli keluarga Yeob Majeleh ini diadakan?
|
|
A
|
Bagi
menerbitkan buletin dan membangunkan laman web
|
|
B
|
Bagi
mengukuhkan dan memantapkan ikatan kekeluargaan
|
|
C
|
Bagi
merapatkan hubungan generasi muda dan generasi tua
|
|
D
|
Bagi mengenal pasti
adik-beradik atau keluarga yang masih hidup
|
3
|
Semua kenyataan di bawah adalah
benar tentang Yeob Majeleh Pandak
Mohid, kecuali
|
|
A
|
||
B
|
mempunyai lapan belas orang anak
|
|
C
|
||
D
|
dilahirkan di kampung
teluk pedayung
|
4
|
Siapakah yang melaporkan berita
perjumpaan keluarga ini kepada pihak akhbar?
|
|
A
|
Cicit Yeob Majeleh
|
|
B
|
Isteri Yeob Majeleh
|
|
C
|
Anak Yeob Majeleh
|
|
D
|
Cucu Yeob Majeleh
|
5
|
Di manakah perjumpaan dan
pertemuan keluarga Yeob Majeleh itu diadakan?
|
|
A
|
Di Dewan
KAFA, Kampung Air Hitam
|
|
B
|
Di Dewan Bacaan, Kampung Air
Hitam
|
|
C
|
Di Dewan
Peladang, Kampung Air Hitam
|
|
D
|
Di Dewan Orang Ramai, Kampung
Air Hitam
|
BERITA 3
TELUK INTAN , 15 April 2006 –
Rumah Laksamana muncul sebagai juara bagi tiga tahun berturut-turut sempena
Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Perwira. Sukan kali ke-6 ini berlangsung dalam
suasana yang gilang–gemilang, semalam.
Buat julung kalinya, sukan ini diadakan di Stadium Mini Teluk Intan
bersebelahan dengan Dewan Bandaraya Teluk Intan. Walau bagaimanapun, sesi
latihan telah diadakan di padang sekolah bermula 2 April yang lalu .
Sukan pada kali ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato Onn bin Haji
Hamzah selaku wakil rakyat di kawasan ini. Turut serta dalam temasya pada kali
ini ialah para guru besar dari sekolah yang erdekatan serta ketua masyarakat
setempat.
Tuan Guru Besar dalam ucapan alu-aluannya mengharapkan sukan kali ini
dapat memupuk semangat juang, semangat berpasukan serta semangat kerjasama
dalam kalangan murid. Selain itu, beliau berharap agar dapat mencungkil
bakat-bakat baru untuk diketengahkan dalam kejohanan peringkat kelompok, daerah
maupun negeri .
Sukan pada kali ini menampilkan kelainan
dengan mengadakan pertandingan perbarisan serta rumah sukan tercantik.
Sementara itu, acara olahraga berupa larian 100 meter, 200 meter serta acara
padang seperti lompat tinggi dan lompat jauh turut mendominasi kejohanan .
Temasya pada tahun ini banyak
menampilkan bakat baru untuk diketengahkan. Antaranya, Muhaimin bin Hakimi yang
memecahkan rekod Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Hilir Perak dalam acara
larian 100 meter dan 200 meter .
Pada akhir temasya , Rumah Bendahara
muncul naib johan diikuti Rumah Temenggung dan Rumah Bentara. Sementara itu
Mohd Amirul bin Mohd Fauzi dan Noratailah binti Ariffin dari Rumah Laksamana
telah terpilih sebagai olahragawan dan olahragawati sekolah tahun 2006. Mereka
akan mewakili sekolah ke kejohanan peringkat daerah yang akan diadakan
pada 20 Mei hadapan, juga di tempat yang
sama.
1.
|
Peristiwa apakah yang diceritakan dalam teks tersebut ?
|
|
A.
|
Rumah Laksamana muncul juara
|
|
B.
|
Peristiwa yang gilang-gemilang
|
|
C.
|
Sukan Tahunan SK Perwira
|
|
D.
|
Rumah Bendahara muncul naib juara
|
2.
|
Bilakah peristiwa tersebut berlangsung ?
|
|
A.
|
2 April 2006
|
|
B.
|
14 April 2006
|
|
C.
|
15 April 2006
|
|
D.
|
20 Mei 2006
|
3.
|
Siapakah yang merasmikan temasya tersebut ?
|
|
A.
|
Guru Besar SK Perwira
|
|
B.
|
Yang dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru
|
|
C.
|
Wakil rakyat
|
|
D.
|
Pegawai Pelajaran Daerah Hilir Perak
|
4.
|
Apakah harapan utama guru besar terhadap temasya
tersebut ?
|
|
A.
|
Mewujudkan kelainan dalam pertandingan
|
|
B.
|
Mendapat sambutan yang menggalakkan
|
|
C.
|
Memupuk pelbagai nilai positif
|
|
D.
|
Mencungkil bakat-bakat baru
|
5.
|
Penyataan yang berikut benar tentang temasya tersebut ,
kecuali
|
|
A.
|
Rumah Laksamana merangkul beberapa anugerah utama
|
|
B.
|
Muhaimin memecahkan rekod daerah dalam acara pecut
|
|
C.
|
Rumah sukan dinamakan mengikut nama jawatan dalam
istana
|
|
D.
|
Temasya ini diadakan di tempat yang sama seperti pada
tahun lepas
|
JAWAPAN PETIKAN BERITA
BERITA 1
1
|
D
|
2
|
B
|
3
|
D
|
4
|
B
|
5
|
A
|
BERITA 2
1
|
A
|
2
|
B
|
3
|
C
|
4
|
C
|
5
|
C
|
BERITA 3
1
|
C
|
2
|
B
|
3
|
C
|
4
|
D
|
5
|
D
|
Categories: Pemahaman
0 comments:
Post a Comment