LAPORAN 1
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Laporan Perkhemahan Pengakap
Pasukan pengakap SJK (T) Tun Sambanthan, Pahang telah menganjurkan perkhemahan pengakap di Taman Negara selama dua hari bermula pada 4 Mei 2006. Perkhemahan ini disertai oleh 80 orang anggota pengakap dan 5 orang guru pengiring.
Tujuan utama perkhemahan ini diadakan adalah untuk mendedahkan murid-murid kepada suasana perkhemahan, memberi pengalaman hidup di hutan dan menanam sikap kerjasama dalam kalangan anggota-anggota pengakap.
Berbagai-bagai acara menarik serta mencabar telah dijalankan. Antaranya termasuklah pertandingan memasak dan mengenal berbagai-bagai kehidupan di hutan. Persembahan setiap kumpulan yang terdiri daripada 10 orang peserta turut menyerikan malam penutupan itu.
Semua anggota pengakap sangat gembira dapat berkhemah di sini.
Segala pengalaman akan terus disimpan dan terpahat dalam hati setiap anggota.
Disediakan oleh , 10 MEI 2006
…Mariamah………
( MARIAMAH A/P VELLU )
Setiausaha ,
Pasukan Pengakap ,
SJKT Tun Sambanthan.
1
|
Perkataan menganjurkan dalam petikan bermaksud ......
| |
A
|
mengendalikan
| |
B
|
mengadakan
| |
C
|
mengajar
| |
D
|
membuat
|
2
|
Bilakah perkhemahan itu berakhir ?
| |
A
|
4 Mei 2007
| |
B
|
5 Mei 2007
| |
C
|
6 Mei 2007
| |
D
|
7 Mei 2007
|
3
|
Berapa orangkah yang terlibat dalam perkhemahan ini ?
| |
A
|
75 orang
| |
B
|
80 orang
| |
C
|
84 orang
| |
D
|
85 orang
|
4
|
Apakah tujuan utama perkhemahan diadakan ?
| |
A
|
Aktiviti tahunan pasukan pengakap.
| |
B
|
Mengisi masa lapang semasa cuti sekolah.
| |
C
|
Mendedahkan kehidupan di hutan kepada anggota pengakap.
| |
D
|
Mendedahkan suasana perkhemahan, memberi pengalaman dan
memupuk semangat kerjasama.
|
5
|
Pernyataan yang berikut adalah salah kecuali …….
| |
A
|
persembahan diadakan pada malam pertama.
| |
B
|
perkhemahan itu berlangsung di Taman Templer.
| |
C
|
acara menarik yang dijalankan termasuklah pertandingan melukis.
| |
D
|
semua anggota pengakap sangat gembira kerana dapat berkelah di situ.
|
LAPORAN 2
Baca petikan laporan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Pada 23 Mei 2006 yang lalu, Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Sri Medan telah mengadakan lawatan ke Rumah Anak Yatim di Rawang, Selangor.
Seramai lima orang guru pengiring dan 35 orang ahli persatuan telah menyertai lawatan itu. Lawatan tersebut bertujuan untuk mendedahkan kepada peserta mengenai suasana kehidupan serta aktiviti harian penghuni rumah anak-anak yatim itu.
Kami berkumpul di sekolah kira-kira pada pukul 8.15 pagi. Bas rombongan bertolak sepuluh minit kemudian apabila semua telah bersedia di dalam bas. Kedatangan kami disambut mesra oleh Pengetua Rumah Anak-anak Yatim itu, iaitu Haji Sabarudin bin Abdul Rahman. Satu majlis suai kenal antara penghuni rumah anak-anak yatim dan peserta lawatan diadakan di dewan. Selepas itu kami dibawa ke dewan makan untuk menikmati minuman ringan. Kemudiannya kami dibawa melawat kawasan persekitaran di rumah anak-anak yatim itu. Haji sabarudin juga menerangkan tentang aktiviti harian yang dijalankan di situ. Di samping itu juga kami mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan tempat rehat di situ dan menanam beberapa jenis pokok bunga.
Pengetua Rumah Anak-anak Yatim itu, berasa gembira dengan adanya lawatan seperti yang kami lakukan pada hari itu. Menurutnya, lawatan itu dapat membuktikan bahawa masyarakat masih mengambil berat tentang nasib anak-anak yatim. Ianya juga memberi peluang kepada penghuni rumah anak-anak yatim itu bergaul dengan masyarakat dan merasakan diri mereka tidak disisihkan.
Sebelum berangkat pulang, ketua rombongan kami, Cikgu Aziz telah menyampaikan sumbangan berupa buku-buku, pakaian, kasut dan sebagainya kepada Pengetua Rumah Anak-anak yatim. Barang-barang sumbangan itu telah kami kumpul seminggu sebelum tarikh lawatan.
Kami berasa sungguh gembira kerana berpeluang menyertai lawatan itu. Lawatan itu menyedarkan kami bahawa kami patut bersyukur kerana kami masih lagi mempunyai ibu bapa tempat menumpang kasih. Lawatan itu juga berjaya dalam usaha melahirkan masyarakat penyayang.
Disediakan oleh, 26 MEI 2006
Anis Suria
(ANIS SURIA BT. HELMI)
Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Sri Medan.
1
|
Berapakah jumlah orang yang menyertai rombongan ke rumah anak-anak yatim?
| |
A
|
35 orang
| |
B
|
40 orang
| |
C
|
45 orang
| |
D
|
50 orang
|
2
|
Apakah tujuan utama lawatan itu diadakan?
| |
A
|
Memberi bantuan seperti buku, pakaian dan kasut kepada anak-anak yatim.
| |
B
|
Mendedahkan suasana kehidupan harian penghuni rumah anak-anak yatim.
| |
C
|
Membersih dan menanam pokok di kawasan persekitaran rumah anak-anak yatim.
| |
D
|
Menyedarkan peserta lawatan bahawa mereka bertuah kerana masih mempunyai ibu bapa.
|
3
|
Perkataan yang sesuai menggantikan perkataan disisihkan ialah...
| |
A
|
dihina
| |
B
|
dimalukan
| |
C
|
dipinggirkan
| |
D
|
diperlekehkan
|
4
|
Mengapakah majlis suai kenal diadakan pada awal lawatan itu?
| |
A
|
Memudahkan aktiviti gotong royong dijalankan.
| |
B
|
Menghilangkan perasaan rendah diri di kalangan anak-anak yatim
| |
C
|
Menjalinkan hubungan mesra anak-anak yatim dengan peserta lawatan.
| |
D
|
Menerangkan peraturan semasa mengadakan lawatan di rumah anak-anak yatim itu.
|
5
|
Pernyataan tidak benar mengenai lawatan itu ialah...
| |
/
|
A
|
bas rombongan lawatan bertolak pada pukul 8.25 pagi.
|
B
|
laporan lawatan ditulis selepas tiga hari mengadakan lawatan
| |
C
|
rumah anak-anak yatim itu terletak di Rawang
| |
D
|
Cikgu Aziz dan lima orang guru pengiring menyertai lawatan itu.
|
Baca dan fahami laporan di bawah,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
LAPORAN KEMBARA PERSATUAN SAINS
SJK ( C ) CHUI CHAK,LANGKAP
Pada 20 Januari 2007, Persatuan Sains telah menganjurkan aktiviti kembara.Aktiviti ini dijalankan di kawasan Hutan Simpan Lata Kinjang.Seramai 35 orang ahli persatuan bersama-sama lima orang guru menyertai aktiviti lasak ini.
Aktiviti ini diadakan selama dua hari satu malam. Aktiviti bermula dengan taklimat yang disampaikan oleh ketua rombongan, Cikgu Wong Sai Cheong. Beliau menerangkan ciri-ciri keselamatan yang harus diberi perhatian oleh para peserta ketika berada di dalam hutan.
Para peserta dibahagikan kepada lima kumpulan yang diketuai oleh seorang guru. Setiap kumpulan akan bergerak mengikut arah yang ditetapkan. Sepanjang pengembaraan para peserta didedahkan tentang tumbuh-tumbuhan hutan. Pengembaraan di dalam hutan itu berakhir pada pukul 6.00 petang.
Pada malam itu, para peserta bermalam di dalam khemah yang mereka dirikan. Pada hari kedua, para peserta berkesempatan berkelah dan mandi-manda di Air Terjun Lata Kinjang. Pada puku 4.00 petang, para peserta berkemas lalu bertolak pulang.
Aktiviti ini memberi banyak pengalaman baru kepada para peserta. Disamping itu juga, para peserta berpeluang mengenali pelbagai jenis tumbuhan hutan serta kegunaannya.
Disediakan oleh, 22 FEBRUARI 2007.
Liew Ming
………………………….
(LIM LIEW MING)
Setiausaha,
Persatuan Sains,
SJK (C) Chui Chak, Langkap.
01
|
Berapa orangkah yang menyertai aktiviti kembara tersebut ?
| |
A
|
30 orang
| |
B
|
35 orang
| |
C
|
40 orang
| |
D
|
45 orang
|
02
|
Bilakah mereka bertolak pulang ?
| |
A
|
20 Januari 2007
| |
B
|
21 Januari 2007
| |
C
|
22 Februari 2007
| |
D
|
23 Februari 2007
|
03
|
Mengapakah para peserta dibahagikan kepada kumpulan kecil ?
| |
A
|
Untuk mengadakan pertandingan.
| |
B
|
Untuk mudah mendirikan khemah
| |
C
|
Untuk menjamin keselamatan.
| |
D
|
Untuk mudah mengembara.
|
04
|
Pernyataan yang manakah tidak berkaitan dengan pengalaman baru yang dimaksudkan dalam petikan ?
| |
A
|
Dapat mengenal pelbagai tumbuhan dan kegunaannya.
| |
B
|
Dapat pengalaman meredah hutan.
| |
C
|
Berpeluang mendirikan khemah.
| |
D
|
Mendengar taklimat guru.
|
05
|
Apakah maksud perkataan kembara berdasarkan petikan.
| |
A
|
melancong
| |
B
|
menjelajah
| |
C
|
berkhemah
| |
D
|
berkelah
|
JAWAPAN PETIKAN LAPORAN
LAPORAN 1
1
|
A
|
2
|
B
|
3
|
D
|
4
|
D
|
5
|
B
|
BERITA 2
1
|
B
|
2
|
B
|
3
|
C
|
4
|
C
|
5
|
A
|
BERITA 3
1
|
C
|
2
|
B
|
3
|
C
|
4
|
D
|
5
|
B
|
Categories: Pemahaman
0 comments:
Post a Comment