Assalamualaikum & Selamat Sejahtera...

Sekapur Sireh

Assalamualaikum... Salam hormat, pembuka bicara... Blog Cakna Bahasa dicipta dengan tujuan berkongsi apa sahaja yang berkaitan dengan Bahasa Melayu. Sebarang komen dan cadangan daripada anda amatlah diharapkan. Terima kasih.

Wednesday, 7 November 2012

Posted by jinson on 00:58 No comments

 BAHASA MELAYU KERTAS 2



BAHAGIAN A : Memindahkan maklumat

BAHAGIAN B : Karangan

BAHAGIAN C : Ulasan

 

PENSKORAN BAHAGIAN A,B,C


1)    CEMERLANG    (9 – 10)      (24 – 30)     (17 – 20)             


     Menggunakan ayat yang gramatis dan menepati bahan grafik/ kehendak soalan / bahan ulasan.

  •    Menggunakan pelbagai kata yang meluas serta sesuai dengan bahan grafik / kehendak soalan / bahan ulasan.

   •    Penggunaan ejaan dan tanda baca yang betul.


 

2)    Baik    (7- 8)      (17 – 23)         (12 – 16) 


    Menggunakan ayat yang jelas dan menepati bahan grafik /kehendak soalan / bahan ulasan.

•    Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata yang sederhana serta sesuai dengan bahan grafik / kehendak soalan / bahan ulasan.

•    Terdapat beberapa kesalahan dalam tanda baca dan ejaan tetapi tidak menjejaskan ayat.

  

3)    Memuaskan      ( 4 -  6)         (11 – 16)         (6 – 11) 


    Menggunakan ayat yang mudah dan ringkas, sesuai dengan bahan grafik / kehendak soalan / bahan ulasan.

•    Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata yang terhad dan sesuai dengan bahan grafik / kehendak soalan / bahan ulasan.

•    Terdapat banyak kesalahan dalam tanda baca dan ejaan. 

 


4)    Pencapaian Tahap Minimum    ( 0 – 3)      (0 – 10)        (0 – 5) 


    Ayat tidak sesuai dengan bahan grafik / kehendak soalan / bahan ulasan.

•    Penggunaan perkataan yang terhad dan tidak sesuai dengan bahan grafik / kehendak soalan / bahan ulasan.

•    Tidak menguasai kemahiran tanda baca dan ejaan.

 


BAHAGIAN A

MEMINDAHKAN MAKLUMAT

 


PEMARKAHAN


     Pemarkahan untuk Kertas Bahasa Melayu 012 Bahagian A ialah 10 markah dan dinilai secara holistik oleh pemeriksa dan bukannya 2 markah bagi setiap ayat.

 •     Murid-murid digalakkan agar membina ayat majmuk atau ayat penyata. 

•     Fahami maksud ayat tersurat dan tersirat berdasarkan bahan rangsangan. 

•     Penggunaan kata ganti nama yang sesuai berdasarkan rangsangan gambar seperti abang, Encik Ali, ayah, dan sebagainya tidak akan menjejaskan markah murid apabila mambina ayat.

  


Pedoman Umum Membina Ayat 


     Binaan ayat yang baik mestilah mempunyai susunan tatabahasa yang betul dan mengandungi makna yang lengkap agar dapat difahami.

 •     Setiap subjek dan predikat dalam sesuatu ayat itu mestilah diperluas agar menjadi ayat yang lengkap dan sempurna.

 •     Subjek dan predikat ayat dapat diperluas dengan menggunakan kata bantu, kata hubung, kata bilangan, penanda wacana, kata keterangan, dan sebagainya. 

•     Untuk membina ayat, murid digalakkan agar membina ayat majmuk dan ayat penyata.

 •     Penggunaan ayat tunggal perlu dielakkan dalam bahagian ini kerana ayat tunggal hanya mengandungi satu subjek dan satu predikat.

 •     Ayat yang dibina tidak perlu terlalu panjang atau berjela-jela tetapi mesti berkaitan dengan rangsangan gambar.

 •     Elakkan daripada membina ayat yang tidak berkaitan dengan rangsangan gambar atau ayat yang tersirat sepenuhnya.

 •     Murid-murid juga perlu menggunakan tanda baca dan ejaan yang betul.

 


Pedoman Umum Membina Ulasan


    Ulasan yang baik seharusnya mengandungi beberapa pernyataan sama ada tentang nilai murni, amalan baik, sifat dan sikap mulia, pengajaran yang boleh dicontohi, dan sebagainya serta bersesuaian dan menepati kehendak soalan Bahagian C.

    Murid-murid  perlu memahami kehendak soalan yang diberi kerana arahan soalan mungkin sama dan mungkin berbeza antara tahun ke tahun.

    Apabila membaca teks, murid hendaklah membaca dan mengenal pasti kata kunci yang diberi sama ada meminta murid memberi ulasan tentang nilai murni, pengajaran, amalan baik, sikap mulia dan sifat yang boleh dicontohi.

    Sebelum membina ulasan, murid-murid digalakkan agar mengesan nilai murni atau pengajaran terlebih dahulu. Langkah ini boleh dibuat dengan cara mengesan dan menggariskan nilai murni atau pengajaran yang terdapat dalam petikan ayat demi ayat. Kemudian, binalah ayat daripada pernyataan-pernyataan tersebut.

    Nilai murni, amalan baik atau pengajaran yang ditulis oleh murid perlulah berkaitan den relevan dengan petikan rangsangan yang diberikan sahaja.

    Selain itu, ayat yang hendak dibina bagi setiap nilai murni, amalan baik, sifat dan sikap mulia, atau pengajaran perlukan ditulis dengan menggunakan ayat yang lengkap. Murid perlu bijak menggunakan penanda wacana yang sesuai seperti “salah satu”, “seterusnya”, “selain itu”, “nilai kedua”, “amalan kedua”, “oleh itu”, dan sebagainya semasa menulis .

    Begitu juga apabila murid diminta menulis tentang pengajaran berdasarkan petikan tersebut. Murid dinasihatkan agar memulakan ayat dengan frasa “kita haruslah”, “kita hendaklah”, “kita perlulah”.

    Dalam membina ulasan yang lengkap dan berkualiti, murid-murid dinasihatkan agar tidak melakukan kesalahan ejaan dan struktur ayat yang boleh menyimpang daripada nilai-nilai dan pengajaran-pengajaran yang terdapat dalam petikan. Elakkan juga menulis ayat yang mengandungi unsur negatif.

    Di samping itu, ulasan yang baik haruslah mengandungi tidak kurang daripada tujuh nilai dalam satu perenggan(LPM. 2005)
  


Senarai Penanda Wacana


1. Menandakan pertentangan maklumat
          
           bagaimanapun, namun begitu, walau bagaimanapun, biarpun demikian,
           namun demikian, walaupun begitu, meskipun begitu, sebaliknya,
           walaupun demikian, meskipun demikian, sungguhpun demikian,
           meskipun, namun.


2. Menandakan sesuatu yang kian bertambah
         
            lagipun, lebih-lebih lagi, malah, tambahan pula, tambahan lagi.


3. Menunjukkan akibat atau kesimpulan
          
           akhir kata, akhirnya, dengan itu, jadi, justeru, kalau begitu, oleh itu,
           lantaran itu, malangnya, semenjak itu, oleh sebab itu.


4. Menimbulkan maksud sesuatu yang berikutnya
        
           kemudian, lepas itu, selanjutnya, selepas itu.


5. Menunjukkan dalam masa yang sama atau pada masa itu
        
          dalam pada itu, di samping itu, selain itu, sebelum itu.










0 comments:

Minggu Bahasa Melayu 2012

e-Book Panduan Bijak Komputer

Contoh Kertas Soalan BM UPSR