Assalamualaikum & Selamat Sejahtera...

Sekapur Sireh

Assalamualaikum... Salam hormat, pembuka bicara... Blog Cakna Bahasa dicipta dengan tujuan berkongsi apa sahaja yang berkaitan dengan Bahasa Melayu. Sebarang komen dan cadangan daripada anda amatlah diharapkan. Terima kasih.

Friday, 16 November 2012

Posted by jinson on 13:06 No comments

 PUISI 1

Baca dan fahami puisi di bawah.


Langit yang membiru, alangkah indahnya
awan yang memutih menyentuh jiwa
sungai yang tenang mendamaikan hati
udara yang bersih sungguh nyaman
itulah asalnya bumiku.


Usiaku akhirnya menginjak tua
tulangku tidak lagi sekuat dahulu
gigiku sudah banyak yang tanggal
nasib bumiku juga demikian
suram, kelabu, kelam di mana-mana


Langit tidak lagi biru terbentang
awan sudah tidak kelihatan lagi
sungai yang umpama kopi susu
begitulah nasib bumiku kini
aduh, kasihannya!


Angin tidak lagi menyapa
tiada lagi gegak-gempita suara kanak-kanak
memenuhi setiap ruang seluruh pelusuk kampungku
alangkah pilunya hatiku
menyaksikan semua ini.


Atas nama suatu pembangunan
bumiku menderita menanggung beban
manusia yang rakus akan keuntungan
Langsung tidak endah generasi akan datang
inilah harga yang harus dibayar
untuk pembangunan kebanggaan semua.








Jawab soalan-soalan di bawah ini berdasarkan puisi.


01
Mengapakah penyajak mengatakan bahawa dia sudah tidak kuat lagi?

A
Penyajak sudah tua

B
Penyajak mengidap penyakit

C
Penyajak tidak mendapat udara yang bersih

D
Penyajak sering kesepian


02
Bagaimanakah perasaan penyajak apabila melihat sungai yang mengalir tenang?

A
Berasa terharu

B
Berasa kecewa

C
Berasa damai

D
Berasa tenang


03
Suara kanak-kanak tidak lagi kedengaran kerana

A
mereka sudah dewasa.

B
mereka tiada tempat untuk bermain.

C
mereka mahu mengelakkan diri daripada pencemaran.

D
mereka takut akan kerja-kerja pembangunan.


04
Frasa sungai yang umpama kopi susu dalam puisi bermaksud

A
air sungai yang tidak dapat mengalir.

B
air sungai yang berbau busuk.

C
air sungai yang dijadikan air minuman.

D
air sungai yang menjadi keruh akibat pencemaran.

05
Antara berikut, yang manakah tidak benar tentang puisi tersebut ?

A
Penyajak melahirkan rasa kecewa terhadap pencemaran yang berlaku.

B
Masalah alam sekitar berlaku akibat pembangunan.

C
Penyajak terlibat dalam kerja-kerja pembangunan.

D
Penyajak amat prihatin terhadap persekitaran.




PUISI 2

Baca puisi di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikut.



Ibu,
Setiap detik nafasmu,
Adalah suatu pengorbanan,
Berusaha dengan kepayahan,
Tidak mengira siang atau malam,
Membaiki taraf kehidupan,
Demi membela nasib keluarga,

Ibu,
Demi anak-anak tersayang,
Kau rela berhempas pulas,
Asal mereka tidak menangis,
Disebabkan kelaparan,
Atau tertinggal dalam pelajaran,

Ibu,
Keyakinan mu amat kuat,
Untuk mengubah nasib,
Pada suatu hari nanti,
Dari mendung kepada cerah,
Dalam membesarkan anak-anak,
Agar berjaya ke menara gading,
Menjadi insan mulia,
Dihormati masyarakat,
Terima kasih wahai ibu,


01
Puisi di atas adalah tentang

A
Penderitaan ibu

B
Pengorbanan ibu

C
Penderitaan anak

D
Pengorbanan anak

02
Mengapakah ibu berusaha tanpa mengira waktu

A
Untuk hidup mewah

B
Untuk pergi melancong

C
Untuk membaiki taraf di mata masyarakat

D
Untuk membaiki taraf hidup dan membela nasib keluarga

03
Perkataan berhempas pulas dalam rangkap kedua bermaksud

A
Bekerja keras

B
Bekerja sederhana

C
Bekerja setiap masa

D
Bekerja kelam kabut

04
Pernyataan berikut berkaitan dengan pengorbanan ibu kepada anak kecuali

A
Menjaga makan dan minum

B
Memberi pendidikan sempurna

C
Menasihati anak agar berkelakuan baik

D
Tidak mengambil berat masa depan anak-anak

05
Apakah harapan ibu terhadap anak-anaknya

A
Supaya anak-anaknya berjaya dan dihormati masyarakat

B
Supaya anak-anaknya bangga dengan usaha ibu

C
Supaya anak-anaknya belajar siang dan malam

D
Supaya anak-anaknya membalas jasa ibu







JAWAPAN PETIKAN PUISI


PUISI  1

1
A
2
C
3
B
4
D
5
C



PUISI 2

1
B
2
D
3
A
4
D
5
A












           









Categories:

0 comments:

Minggu Bahasa Melayu 2012

e-Book Panduan Bijak Komputer

Contoh Kertas Soalan BM UPSR