Tiap – tiap
soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu
A , B, C, D . Pilih satu
jawapan yang betul.
Soalan 1 hingga
Soalan 5
Baca uacapan di bawah , kemudian jawap soaln yang
berikutnya.
Selamat sejahtera saya ucapkan
kepada Guru Besar, Cikgu Ramli, guru-guru tahun enam dan rakan – rakan.
Terlebih dahulu saya ucapkan ribuan
terima kasih kepada para hadirin kerana sudi hadir di majlis ini. Majlis ini
diadakan bertujuan untuk meraikan perpisahan Cikgu Ramli yang akan bertukar ke
sekolah lain mulai bulan hadapan. Kami murid Tahun Enam Aman berasa sedih
kerana kami akan kehilangan seorang guru yang kami sayangi.
Cikgu Ramli adalah seorang guru yang
bertanggungjawab dan bertimbang rasa.
Berkat bimbingan yang tidak kenal penat, kami telah mencapai keputusan
yang baik dalam matapelajaran yang diajarnya, iaitu Bahasa Melayu.
Kami tidak akan melupakan didikan
dan bimbingan Cikgu Ramli semasa beliau berkhidmat
di sekolah ini. Kami berjanji akan terus berusaha agar terus maju dalam
bidang pelajaran.
Akhir sekali, saya bagi pihak
murid-murid Tahun Enam Aman mengucapkan selamat berpisah dan selamat bertugas
di sekolah baru untuk Cikgu Ramli.
Sekian
, terima kasih .
1. Siapakah guru yang diraikan ?
- Guru Besar
- Guru – guru tahun Enam
- Cikgu Ramli
- Ketua murid
2. Mengapakah Cikgu Ramli tidak lagi
mengajar di sekolah itu ?
- Melanjutkan pelajaran
- Bertugas di sekolah lain
- Tidak sukakan sekolah itu
- Bersara
3. Perkataan berkhidmat di dalam petikan
bermaksud
- Bekerja
- Belajar
- Tugas
- Khidmat
4. Apakah janji murid-murid Tahun
Enam Aman kepada Cikgu Ramli ?
- Ikut berpindah
- Mengecewakan Cikgu Ramli
- Malas berusaha
- Berusaha dengan rajin
5. Siapakah yang meyampaikan ucapan
?
- Guru Besar
- Cikgu Ramli
- Ketua pengawas
- Wakil murid Tahun Enam Aman
UCAPAN 2
Baca ucapan di bawah, kemudian jawab
soalan-soalan yang berikutnya.
Selamat
pagi saya ucapkan kepada guru besar, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Terlebih
dahulu saya mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang berucap di majlis
yang ringkas ini. Saya berasa
bangga kerana dipilih sebagai ketua pengawas sekolah ini. Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak
sekolah atas kepercayaan yang diberikan kepada saya.
Sebagai ketua pengawas, saya
berjanji akan menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab. Saya berharap rakan-rakan pengawas yang lain
akan berganding bahu dengan saya dalam menjalankan tugas.
Bagi rakan-rakan yang lain, kami
pihak pengawas berharap akan mendapat kerjasama yang sepenuhnya. Bersama-samalah kita mematuhi segala
peraturan dan disiplin sekolah. Kami
berharap tidak ada rakan yang akan berdendam dengan kami apabila kami mengambil
sesuatu tindakan. Kami cuma menjalankan
tugas.
Sebelum saya mengundurkan diri,
sekali lagi saya ucapkan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada
saya.
Sekian, terima kasih.
1, Semua
yang berikut hadir di majlis itu kecuali
A Guru-guru
B Guru
besar
C Murid-murid
D Pengerusi
PIBG
2. Maksud berganding
bahu adalah
A berdendam
B bekerjasama
C bertolak
ansur
D bersaing-saingan
3. Rakan-rakan
yang lain merujuk kepada
A ketua
pengawas
B pengawas
biasa
C murid-murid
bukan pengawas
D kawan-kawan
ketua pengawas
4. Pilih
pernyataan yang BENAR
A Ketua
pengawas mengucapkan terima kasih kerana dia dipilih.
B Pengawas
boleh menjalankan tugas secara sambil lewa.
C Murid-murid
boleh melanggar peraturan sekolah.
D Murid-murid
boleh berdendam dengan pengawas.
5. Di antara
yang berikut, manakah bukan tugas seorang pengawas
A Menulis
nama murid yang lambat datang ke sekolah.
B Melarang
murid membuang sampah di merata tempat.
C Menjaga
kelas sewaktu guru bermesyuarat.
D Memukul murid yang menghisap rokok.
UCAPAN 3
Baca ucapan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Yang dihormati Tuan
Pengerusi Majlis, guru besar, guru-guru dan rakan-rakan. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima
kasih kepada Persatuan Alam Sekitar kerana memberi kepercayaan kepada saya
untuk menyampaikan ucapan tentang kempen kitar semula.
Amalan kitar semula
bahan-bahan buangan dapat mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar yang
semakin hari semakin meruncing. Sikap
masyarakat yang sering memandang ringan terhadap pentingnya amalan kitar semula
amatlah dikesali.
Hadirin sekalian,
Kempen kitar semula ini
merupakan suatu langkah yang bijak.
Kempen ini dapat memberi kesedaran dan pengetahuan kepada masyarakat
tentang cara-cara mengitar semula bahan-bahan buangan.
Banyak cara yang boleh dilakukan untuk menjayakan kempen
ini. Bahan-bahan lama di rumah seperti
perabot buruk, bekas makanan dan botol air boleh diguna semula. Bahan-bahan ini boleh dijadikan pasu bunga,
pembalut hadiah, hiasan antik dan sebagainya.
Amalan ini jika dilaksanakan secara berterusan pasti akan
membuahkan hasil yang kita harapkan.
Tampaknya, setakat ini sahaja yang dapat saya sampaikan. Saya berharap agar kempen ini akan berjaya
mencapai matlamatnya.
Sekian, terima
kasih.
1 Mengapakah
amalan kitar semula perlu diambil berat oleh setiap orang?
A Sesiapa yang tidak mengitar semula akan
didenda.
B Bahan-bahan kitar semula merupakan
bahan yang berharga.
C Amalan ini perlu dilakukan untuk
menjayakan kempen kitar semula.
D Amalan kitar semula dapat mengurangkan
pencemaran alam
sekitar.
2 Objektif
kempen kitar semula adalah untuk ...
A memberi kesedaran dan pengetahuan
tentang cara-cara mengitar semula bahan-bahan buangan.
B memberi kesedaran bahawa mengitar semula
bahan buangan dapat menambahkan pendapatan.
C menggalakkan
orang ramai menderma barang-barang terpakai.
D menggalakkan
orang ramai menyertai kempen yang
dianjurkan ini.
3 Bahan-bahan
berikut dapat dikitar semula, kecuali
A gas
B kertas
C botol kaca
D barang plastik
4 Rangkaikata
membuahkan hasil bermaksud
A mencapai tahap
B memberi
keburukan
C memberikan keyakinan
D mendatangkan sesuatu
5 Harapan
pengucap pada akhir ucapannya agar kempen kitar semula...
A disertai ramai.
B berjalan lancar.
C diadakan pada setiap tahun.
D berjaya mencapai matlamatnya.
JAWAPAN PETIKAN UCAPAN
UCAPAN 1
1
|
C
|
2
|
B
|
3
|
A
|
4
|
D
|
5
|
D
|
UCAPAN 2
1
|
D
|
2
|
B
|
3
|
C
|
4
|
A
|
5
|
D
|
UCAPAN 3
1
|
D
|
2
|
A
|
3
|
A
|
4
|
D
|
5
|
D
|
Categories: Pemahaman
0 comments:
Post a Comment