Assalamualaikum & Selamat Sejahtera...

Sekapur Sireh

Assalamualaikum... Salam hormat, pembuka bicara... Blog Cakna Bahasa dicipta dengan tujuan berkongsi apa sahaja yang berkaitan dengan Bahasa Melayu. Sebarang komen dan cadangan daripada anda amatlah diharapkan. Terima kasih.

Saturday, 17 November 2012

Posted by jinson on 13:09 No comments
RENCANA 1


Baca rencana di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.


            Katak puru merupakan haiwan berdarah sejuk yang tergolong dalam kumpulan amfibia. Katak puru dapat hidup di dua alam, iaitu di air dan di darat. Haiwan ini bernafas melalui paru-paru dan kulitnya.

            Katak puru mempunyai gigi pada bahagian atas di dalam mulutnya. Katak puru mempunyai lidah yang kuat untuk melambung mangsanya terus ke dalam mulut. Haiwan unik ini mampu melompat sejauh dua meter.

            Katak puru melindungi tempat kediaman mereka dengan pelbagai cara termasuklah dengan mengeluarkan bunyi, mengejar penceroboh dan menyerang dengan cara melompat.

            Katak puru betina amat tertarik dengan katak puru jantan yang mampu menyediakan makanan yang banyak di kawasan kediamannya. Seekor katak puru betina mampu mengeluarkan kira-kira 25,000 biji telur. Telur-telur ini kemudiannya bercantum antara satu sama lain dan terapung-apung di permukaan air. Haiwan ini akan menjaga anak-anaknya yang dikenali sebagai berudu hinggalah usianya dua tahun. Saiz katak puru bergantung kepada panjang berudu. Ini bermakna, berudu yang bersaiz panjang akan mempunyai peluang hidup yang lebih besar selepas proses metamorfosis.

            Pendengaran adalah deria yang paling penting bagi haiwan ini kerana katak puru jantan berlumba-lumba mengeluarkan bunyi semasa berada di kawasan kolam yang menjadi tempat pembiakan bagi haiwan ini. Manakala katak puru betina pula akan menyahut bunyi itu secara agresif dan tanpa henti.


  1. Bagaimanakah katak puru bernafas?
A  melalui insang
B  melalui paru-paru
C  melalui kulit
D  melalui paru-paru dan kulit


  1. Berapakah jarak yang mampu dilompat oleh seekor katak puru?
A  1.0 meter
B  1.5 meter
C  2.0 meter
D  2.5 meter


  1. Mengapakah katak puru betina sangat tertarik dengan kata puru jantan?
A  kata puru jantan sangat kuat
B  kata puru jantan lebih besar saiznya
C  kata puru jantan suka berlumba-lumba mengeluarkan bunyi
D  katak puru jantan mampu menyediakan makanan yang banyak


  1. Yang manakah antara berikut benar tentang katak puru betina?
A  tidak dapat menghasilkan telur
B  dapat menghasilkan kira-kira 25 000 biji telur
C  tidak menyahut apabila terdengar bunyi daripada kata puru jantan
D  mampu menyediakan banyak makanan di kawasan kediaman


  1. Penyataan berikut merupakan ciri-ciri yang ada pada katak puru, kecuali..
A  haiwan ini hidup di air dan di darat.
B  haiwan ini bernafas melalui paru-paru dan kulit.
C  gigi katak puru letaknya pada bahagian bawah di dalam mulutnya.
D  katak puru tergolong dalam kumpulan haiwan amfibia berdarah sejuk.










JAWAPAN

RENCANA 1


01
02
03
04
05
D
C
D
B
C



Categories:

0 comments:

Minggu Bahasa Melayu 2012

e-Book Panduan Bijak Komputer

Contoh Kertas Soalan BM UPSR